Serangan Komunis Di Parit Jawa.

Parit Jawa, Muar yang cukup terkenal dengan kelazatan asam pedas menyimpan satu sejarah yang mungkin diketahui ramai. Parit Jawa sebenarnya tempat yang menyaksikan banyak kematian orang Melayu akibat kekejaman Komunis di negeri ini selain yang berlaku di Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca orangjohor.com, peristiwa itu berlaku ketika era penjajahan komunis di Tanah Melayu sekitar tahun 1941 hingga 1945. Kebangkitan orang Melayu yang diketuai Kiyai Salleh dengan melakukan serang balas akhirnya berjaya menewaskan komunis dan mengusir mereka dari Parit Jawa.

Sejarah Parit Jawa dikisahkan oleh bekas Pengerusi Kaji Sejarah Daerah Muar, Khamid Junid. Menurut beliau, nama Parit Jawa pada awalnya ialah Kampung Baharu ianya dibuka pada tahun 1855 oleh seorang perantau yang bernama Jabar Matinadjati dari Kampung Malini Jati, Tanah Jawa Indonesia.

Menurut Khamis Junid, Jabar berhijrah ke Tanah Melayu bersama satu kumpulan yang terdiri daripada 39 orang iaitu dengan menaiki kapal termasuk juga lima rakan karibnya iaitu Syed Demak, Amir Seri Wongso, Ngarib, Shamsuri dan juga Samad.

dssgft

Menurut beliau lagi, setibanya Jabar di Kuala Sungai Muar, Jabar telah menyusuri sepanjang kuala sungai dan mendapati di Parit Sakai sudah pun ada penempatan. Jabar terus menyusur ke selatan kuala sungai dan akhirnya menemui satu tempat iaitu Parit Jawa dan memutuskann untuk membuka kawasan berkenaan dengan menamakannya sebagai Kamppung Baharu, iaitu nama asal Parit Jawa.

Mengikut apa yang di ceritakan oleh Khamis Junid, selepas Kampung Baharu dibuka, penduduk-penduduk dari Tanah Jawa datang ke kampung berkenaan dan perkemapungan tersebut menjadi semakin besar. Nama Kmapung Baharu ditukar secara rasminya kepada Parit Jawa pada tahun 1870 apabila Sultan Abu Bakar melantik Jabar sebagai penghulu kampung. Nama tersebut diambil sempena asal usul Jabar yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia

dssgft

Seiring dengan pertambahan penduduk, kawasan Parit Jawa mula berkembang dengan wujudnya sebuah pekan. Parit Jawa kemudiannya diperintah oleh Wan Andak yang mana telah dilantik sebagai Residen Parit Jawa. Kawasan Parit Jawa kemudiannya telah menjadi tumpuan perantau termasuk mereka dari Selangor yang mana turut berhijrah dan menetap di sini.

Tidak ada kesan tinggalan yang boleh dikaitkan dengan sejarah di Parit Jawa, hanya deretan bangunan lama di pekan tersebut yang dibina sekitar tahun 1900.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.