Seruan Agar Slogan ‘Muafakat Itu Berkat’ Diperkasa Dan Diabadikan Dalam Negeri Johor

SERU “MUAFAKAT ITU BERKAT” DIPERKASA DAN DIABADIKAN DIBAWAH FASAL 61 BAHAGIAN PERTAMA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI JOHOR YANG MEMPERUNTUKAN SERU TERSEBUT HENDAKLAH SELAMA-LAMANYA DIPAKAI DAN DIPERKEKALKAN DENGAN TIADA UBAH ATAU DIPINDA

Sultan Abu Bakar adalah seorang stratejis politik. Baginda amat peka kepada rancangan British untuk menakluk negeri-negeri Melayu. Sebaik sahaja menaiki takhta Kerajaan negeri Johor pada tahun 1862, Baginda memperkenal dan melaksanakan beberapa innovasi untuk memodenkan negeri Johor serta memajukan taraf hidup dan pemikiran rakyat.

Dengan persekutuan dan nasihat Jumaah Menteri yang berkaliber dan berwibawa, Baginda melancarkan reformasi dalaman dengan memperkasakan birokrasi kerajaan dan menubuhkan jabatan dan agensi yang kompeten dan cekap melaksanakan dasar seperti pelajaran, pertanian, keselamatan, kesihatan, undang-undang dan perdagangan antarabangsa.

Sistem pentadbiran moden ini, serta perpaduan rakyat yang kukuh amat disegani oleh British yang tidak dapat mencari helah untuk meletakkan Johor dibawah naungannya. Sultan Abu Bakar mencetuskan slogan “Muafakat Itu Berkat” sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat rakyat.

Slogan ini dimartabatkan sebagai seru bagi Darjah Kerabat Johor Yang amat Dihormati yang Baginda ilhamkan pada tahun 1885. Pada tahun 1895 Baginda memperundangkan satu undang-undang dan peraturan bagi Kerajaan. Undang-undang ini menjadi benteng yang amat teguh bagi menangkis cita-cita British untuk menakluk Johor. Sultan Abu Bakar berjaya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Johor selama 30 tahun berturut-turut.

Seru “Muafakat Itu Berkat” diperkasa dan diabadikan dibawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang memperuntukan seru tersebut hendaklah selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan dengan tiada ubah atau dipinda.

Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor

Sumber JOHOR Southern Tigers

1

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.