Sultan Abu Bakar Terima Bintang Kebesaran Great Britain Pada 1876

Pada 23 Ogos 1876, Queen Victoria telah menganugerahkan Bintang “Knights Grand Cross of the Order of St Michael and St George” kepada Sultan Johor, Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggong Daing Ibrahim. Istiadat penganugerahan bintang ini telah diadakan di Dewan Bandaran, Singapura. Dengan penganugerahan bintang ini baginda merupakan Raja Melayu yang pertama dianugerahkan bintang seumpama itu.

Penganugerahan tersebut juga adalah sebagai tanda penghormatan terhadap hubungan baik dan persahabatan Baginda dengan Queen Victoria dan kerajaan Inggeris.

queen 1

Sultan Abu Bakar menaiki takhta kerajaan Negeri Johor pada 1 Februari 1862 berikutan kemangkatan ayahanda Baginda Raja Temenggong Tun Ibrahim Sri Maharaja. Baginda ditabalkan dengan gelaran Datuk Temenggong Abu Bakar Sri Maharaja Johor. Gelaran Temenggong kemudiannya ditukar kepada Sultan dalam satu istiadat menandatangani perjanjian di antara kerajaan Johor dan kerajaan Inggeris di London pada 11 September 1885.

Namun begitu, gelaran tersebut hanya dimasyhurkan di Negeri Johor pada 13 Februari 1886. Sepanjang tempoh pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah baginda lakukan kepada negeri Johor. Antaranya ialah pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan yang merupakan undang-undang bertulis yang pertama di antara negeri-negeri Melayu.

queen 2

Baginda juga telah mengisytiharkan pertukaran nama Tanjung Puteri kepada Johor Baru. Sistem pentadbiran Johor telah diperkemaskan dan ini terbukti dengan wujudnya jabatan-jabatan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Audit, Mahkamah, Pejabat Pelajaran dan lain-lain jabatan.

Segala pembaharuan yang diasaskan sepanjang pemerintahan Sultan Abu Bakar telah membawa Johor ke arah pemodenan. Ini adalah sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada Baginda sebagai ‘Bapa Johor Moden’.

Antara Raja-raja Melayu yang pernah menerima bintang kebesaran ini ialah Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah (Sultan Pahang), dan Paduka Seri Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah (Sultan Perak).

Sumber Kesultanan Johor

queen 3

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.