Sultan Ibrahim Umum Nama Menteri Besar Johor Esok

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan membuat keputusan dan mengumumkan nama bakal Menteri Besar Johor yang baharu esok (12 Mei).

“Saya mengadakan perbincangan yang cukup baik dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang baharu,” titah Sultan Johor.

Baginda bertitah demikian kepada Royal Press Office selepas menerima mengadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (11 Mei).

Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Pertemuan Tan Sri Muhyiddin bersama Tuanku Sultan Ibrahim selama 90 minit itu berlangsung dalam suasana penuh mesra.

Tan Sri Muhyiddin turut merakam gambar bersama Tuanku Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail sebelum pulang.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

baru 1 mb 2

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.