Sultan Ismail, Sultan Yang Banyak Memberi Perhatian Terhadap Pembangunan Johor

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

DYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dimasyhurkan perlantikannya sebagai Sultan Johor apabila Paduka Ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar mangkat di London pada 8 Mei 1959.

Semasa pemerintahan Baginda, Negeri Johor menjadi maju dan makmur.

Almarhum Sultan Ismail juga sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan Negeri Johor, antaranya penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Baginda turut menitikberatkan pembangunan Projek Johor Barat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA); Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Lapangan Terbang di Senai, mula beroperasi pada tahun 1973.

Bagi memajukan Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri Johor juga ditubuhkan ketika pemerintahan Almarhum Sultan Ismail.

Diputerakan pada 28 Oktober 1894, Almarhum Sultan Ismail menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di Johor Bahru dan kemudian meneruskan pendidikan di England bersama dua orang adindanya dan Onn Jaafar pada tahun 1904.

Pada tahun 1910, Baginda kembali ke Johor meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1913, sekali lagi Baginda berangkat ke London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri.

Baginda mangkat pada 10 Mei 1981 dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sumber Royal Press Office – The Royal Johor

ismail 1 ismail 2 ismail 3ismail 4 ismail 5

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.