Sultan Johor Dan Keluarga Diraja Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Tokoh Korporat

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 10 Mac berkenan meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Baginda diiringi oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, En. Dennis Muhammad Abdullah.

Berangkat sama, DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom Binti Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil Bin Yaakob dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim.

Ketibaan Tuanku Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada jam 8.30 malam disambut Tan Sri Dr. Syed Azman dan isteri, Puan Sri Maznah Ismail sebelum ke meja utama untuk upacara santapan bersama pasangan pengantin, Siti Eleena Erika Binti Tan Sri Syed Azman dan Muhammad Al-Hafiz.

Kira-kira 350 tetamu hadir memeriahkan majlis perkahwinan pasangan itu. Mereka yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan oleh penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, manakala majlis dikendalikan oleh celebriti Datuk Afdlin Shauki dan Vanida Imran.

Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, sebuah konglomerat yang terlibat dalam pelbagai industri termasuk penerbangan, kejuruteraan dan pertahanan.

Tuanku Sultan dan Permaisuri Johor meluangkan masa selama dua jam beramah mesra bersama pasangan pengantin dan para tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

kahwin 1 kahwin 2 kahwin 3 kahwin 4 kahwin 5 kahwin 6 kahwin 7 kahwin 8 kahwin 9 kahwin 10

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.