Sultan Johor Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-249 Di Istana Negara

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini (11 Julai).

Pada hari pertama mesyuarat yang bermula 10.30 pagi tadi, Baginda diiringi Menteri Besar Johor, Dato’ Osman Sapian.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada hari ini dipengerusikan oleh DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijadual berangkat menghadiri mesyuarat itu, esok.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

durbar 1 durbar 2 durbar 3

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.