Sultan Johor Kurnia RM500,000 Bagi Kempen Perangi Penderaan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM500,000 dalam usaha berterusan memerangi penderaan seksual terhadap kanak-kanak di negara ini.

Ini diumumkan pada majlis kempen amal mengumpul dana, Tindak Demi Anak Kita (TinDAK) yang disempurnakan oleh DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Sultan Idris Shah di Kuala Lumpur pada 21 Jun 2018.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Tuanku Permaisuri Johor dalam ucaptama DiRaja, bertitah kempen terhadap eksploitasi seksual kanak-kanak itu yang dimulakan di Johor, kini perlu dikembangkan ke seluruh negara.

Kempen TinDAK dilancarkan di Johor Bahru pada Mei tahun lepas, adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia adalah satu inisiatif oleh Liga Wanita Johor (JEWEL) untuk meningkatkan kesedaran awam dan pencegahan terhadap penderaan seksual kanak-kanak.

Ia juga bertujuan untuk memastikan kanak-kanak melindungi diri mereka daripada pemangsa seksual dan pedofilia serta mendidik mereka mengenai tanda-tanda ancaman dan bahaya, serta bersuara sehingga mereka mendapat bantuan.

“Kita perlu mencuba dan melakukan yang terbaik untuk melindungi semua kanak-kanak Malaysia. Kita mesti mempunyai rasa tanggungjawab di antara satu sama lain sebagai rakyat,” tegas Raja Zarith Sofiah yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.

“Biarlah kanak-kanak ini merasakan bahawa mereka mempunyai orang dewasa seperti kita yang akan membimbing dan melindungi mereka.

Saya benar-benar berharap kita boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan tempatan yang berkaitan dan menyokong kempen ini,” titah Raja Zarith Sofiah.

Turut berangkat YTM Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Binti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

tindak 1 tindak 2 tindak 3 tindak 4 tindak 5 tindak 6 tindak 7 tindak 8 tindak 9 tindak 10 tindak 11 tindak 12 tindak 13

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.