Sultan Johor Lawat Muhyiddin Di Hospital Singapura

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menerima rawatan disebuah hospital pakar swasta di Singapura pada 13 Julai lepas.

Tuanku Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir 30 minit bertanyakan khabar dan keadaan Tan Sri Muhyiddin yang telah selamat menjalani pembedahan pada 12 Julai lalu bagi membuang ketumbuhan di pankreas.

Dalam pertemuan itu, Baginda bertitah menasihatkan Tan Sri Muhyiddin supaya tidak bimbang dan tertekan, sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam rawatannya.

“Saya mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas kerana khidmatnya diperlukan oleh rakyat dan negara,” titah Tuanku Sultan Ibrahim.

Baginda turut menasihatkan semua pihak supaya ketepikan apa jua fahaman politik dan bersama-sama mendoakan kesihatan Tan Sri Muhyiddin.

Tuanku Sultan Ibrahim turut berada di Singapura bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan akibat kecederaan lama ketika bermain sukan polo.

Hadir sama, isteri Tan Sri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

johor 1 johor 2 johor 3

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.