Sultan Johor Lawat Rumah Tradisional Bugis

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa melawat dan melihat sendiri keunikan rumah tradisional Bugis di Kampung Sungai Kuali, Pontian pada Jumaat lalu 21 April 2018.

Baginda dengan diiringi YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim singgah di rumah itu ketika dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat di Masjid Dato’ Haji Noh Gadut, Pontian.

Tuanku Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir 45 minit melawat serta melihat keindahan hiasan dalaman Rumah Seri Salewangeng itu sambil diberi penerangan oleh pemilik rumah, Hajah Indok Chichuk Daing Hadadek.

Rumah bernilai RM2.3 juta itu mula dibina pada 4 Julai 2011 dan siap sepenuhnya setahun kemudian mengikut reka bentuk asal rumah warisan keluarganya.

Rumah Seri Salewangeng dibina sepenuhnya menggunakan kayu belian yang diimport dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

bugis 1 bugis 2 bugis 3 bugis 4 bugis 5

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.