Sultan Johor Miliki Ambulans Dilengkapi Peralatan Perubatan Berteknologi Moden

Pasukan perubatan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Keluarga DiRaja Johor dimantapkan lagi dengan sebuah ambulans yang dilengkapi peralatan perubatan berteknologi moden.

Ia juga sebagai sokongan kepada perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh Hospital Sultanah Aminah.

Ambulans milik Tuanku Sultan Ibrahim itu akan dikendalikan oleh satu pasukan perubatan daripada Hope Medical Services (HMS).

“Seramai tiga petugas akan bertugas selama 24 jam secara bergiir-gilir membabitkan pemandu ambulans, paramedik dan juruteknik perubatan kecemasan,” kata Pengarah Perubatan HMS Dr. Charles Johnson.

Beliau berkata, ambulans Mercedes Benz yang ditempatkan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru itu memenuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan Eropah.

Ia dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Ia turut mempunyai dua balang oksigen berkapasiti 3,500 liter setiap satu, kerusi roda, peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya.

“Pihak kami kini dalam proses untuk membangunkan satu sistem pangkalan data dalam ambulans untuk merekodkan segala butiran penting pesakit yang kemudian dapat disalurkan untuk rujukan hospital,” katanya.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

perubatan 1 perubatan 2 perubatan 3 perubatan 4 perubatan 5 perubatan 6 perubatan 7 perubatan 8 perubatan 9 perubatan 10

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.