Sultan Johor Raikan Golongan Asnaf, Warga Emas Pada Majlis Aidilfitri Forest City

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Forest City di Forest City Golf Resort, Gelang Patah hari ini (2 Julai).

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Ibrahim pada jam 1. 15 tengah hari disambut oleh barisan pengarah, pengurusan kanan serta kakitangan Country Garden Pacific View.

Seramai 80 golongan asnaf dan warga tua yang diraikan pada majlis itu teruja melihat keberangkatan Tuanku Sultan Johor dan tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Baginda.

Tuanku Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu sebelum berangkat pulang.

Golongan yang diraikan membabitkan 40 golongan asnaf dari Mukim Tanjung Kupang dan 40 warga emas dari Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

raya 1 raya 2 raya 3 raya 4 raya 5 raya 6 raya 7 raya 8 raya 9 raya 10 raya 11

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.