Sultan Johor Rasmi Lady Bikers Tourism Ride ’18

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan majlis pelepasan Lady Bikers Tourism Ride ’18 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 7 Julai 2018.

Program selama tiga hari bermula semalam membabitkan konvoi 108 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara termasuk Brunei dengan jarak perjalanan sejauh 1,000 kilometer.

Sepanjang berlangsungnya program berkenaan, konvoi itu singgah di pelbagai lokasi pelancongan sekitar Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar bertujuan mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan Negeri Johor selain membangunkan pakej pelancongan bagi aktiviti bermotosikal.

Istana Pasir Pelangi merupakan antara lokasi perhentian konvoi itu hari ini dan sepanjang program berkenaan mereka akan singgah di 14 lokasi tarikan pelancongan.

Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan merakam gambar kenangan bersama peserta konvoi sebelum berangkat pulang.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

bikers 1 bikers 2 bikers 3 bikers 4 bikers 6 bikers 7 bikers 8 bikers 9 bikers 10 bikers 11 bikers 12 bikers 13 bikers 14

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.