Sultan Johor Terima Kunjungan Pengarah Tanah Dan Galian Johor

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa meluangkan masa bertemu pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap pembangunan yang berlaku di negeri ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Baginda berkenan menerima mengadap Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor, Haji Mohd Halim Hasbullah di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada 8 Mac yang lalu.

Dalam pertemuan selama sejam itu, pelbagai perkara dibincangkan dan Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan pandangan dan nasihat.

Baginda turut berkenan menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd, Haji Salehuddin Hassan.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

pengarah 2 pengarah 3 pengarah 4 pengarah 5

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.