Terima Kasih Diatas Kepercayaan Rakyat Johor Selama Ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong atas kepercayaan diberikan untuk mentadbir negeri ini selama lima tahun.

Perkara itu dinyatakan setelah BN negeri menerima keputusan PRU14 ini secara matang.

Katanya, sebagai orang politik beliau sentiasa bersedia dengan apa juga keadaan kerana perjuangan yang dilakukan adalah satu sumbangan khidmat kepada masyarakat.

“Saya ingin ambil kesempatan di sini untuk umumkan iaitu hari esok (hari ini) saya akan buat persidangan akhbar untuk maklumkan bahawa untuk Johor, kita BN tidak berjaya dan pihak pembangkang akan mengendalikan kerajaan,” katanya ketika berucap di Pejabat Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini, malam tadi.

Mohamed Khaled berkata, semua yang berlaku mempunyai hikmah dan beliau mendoakan kesejahteraan semua rakyat di negeri itu.

“Sebagai mantan Menteri Besar, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua, lima tahun adalah satu jangka masa yang sangat sarat, kita tak pernah berhenti untuk bangun dan majukan Johor,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.