TMJ Sampaikan Rasa Terkilan Di Hari Pemakaman Nendanya

Saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kerana sudi berangkat hadir ke Majlis Pemakaman Almarhumah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah. Terima kasih juga kepada Perdana Menteri Singapura, Mr. Lee Hsien Loong yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Saya juga ingin menjunjung kasih kepada kerabat-kerabat diraja yang turut hadir pada hari ini. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang mulia. Kadangkala pada bulan yang mulia ini, Allah SWT hendak beri kita petunjuk, dan juga petunjuk siapa manusia itu yang sebenar. Hari ini adalah hari yang sedih iaitu hari pemakaman Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah, bonda kepada Sultan Johor.

Bendera Johor diturunkan separuh tiang menandakan tanda hormat. Mesejnya amat jelas. Apapun, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat semua. Allah Peliharakan Sultan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber JOHOR Southern Tigers

tmj

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.