Tukar Nama Mat Rempit Kepada Brother Motor, Titah Sultan Johor

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencadangkan tidak lagi menggunakan perkataan ‘Mat Rempit’ bagi menggambarkan golongan penunggang motosikal.

Baginda bertitah, imej penunggang motosikal harus diubah supaya dilihat lebih berdisiplin dan berhemah.

“Bagi saya perkataan Mat Rempit bunyinya seperti sampah masyarakat dan menggambarkan golongan samseng motosikal.

“Saya cadangkan nama Mat Rempit diubah kepada Brother Motor,” titah Tuanku Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Malaysia Bike Week 2018 (MBW 2018) di MAEPS Serdang, Selangor hari ini (24 Mac).

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Tuanku Sultan Ibrahim dalam titahnya turut mengingatkan Brother Motor supaya menghormati orang lain dan tidak menggunakan jalan raya sebagai litar lumba.

Baginda bertitah pernah menegur penunggang motosikal yang berlumba dan membuat bising di hadapan Hospital Sultanah Aminah Di Johor Bahru.

“Mungkin ada Brother Motor yang terlantar sakit pasti akan mengeluh…sampai hati lu bising-bising berlumba di luar, tak fikir ke gua tengah sakit,” titah Tuanku Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Baginda yang berangkat pada jam 2 petang disambut oleh Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Rauf serta hampir 20,000 peminat permotoran.

Koleksi kenderaan dan motosikal berkuasa tinggi Tuanku Sultan Ibrahim antara yang menjadi tarikan sempena MBW 2018.

Jenama motosikal seperti Ducati, Benelli dan banyak lagi turut mempamerkan keluaran motosikal masing-masing.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

motor 1 motor 2 motor 3 motor 4 motor 5 motor 6 motor 7 motor 8 motor 9 motor 10 motor 11 motor 12 motor 13 motor 14

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.