Tunku Mahkota Johor Berangkat Ke Majlis Iftar Bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Perpisahan Pegawai Naib Pemerintah serta Majlis Iftar bersama Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor di Masjid Markas Pegawai JMF, Johor Bahru hari ini (9 Jun).

Berangkat sama YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim

Pada majlis itu, Baginda turut menyampaikan cenderahati kepada bekas Naib Pegawai Pemerintah Kapten Hj Jalalludin Hj Hamsan serta penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada 26 anggota TSN.

Baginda bersama YAM Tunku Panglima Johor kemudian berkenan berangkat ke majlis santapan berbuka puasa bersama lebih 200 pegawai dan anggota TSN sebelum berangkat pulang.

Kapten Hj Jalalludin Hj Hamsan bersara pada 1 Jun 2018 dan digantikan dengan Kapten Ahmad Hamdan Libar.

Sumber Royal Press Office – The Royal Johor

tsn 1 tsn 2 tsn 3 tsn 4 tsn 5 tsn 7 tsn 8 tsn 9 tsn 10 tsn 11 tsn 12 tsn 13

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.