Tunku Mahkota Johor Rasmi Masjid Bandar Seri Alam

DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini (23 Feb) berkenan merasmikan Masjid Bandar Seri Alam di Pasir Gudang, Johor.

Baginda yang mewakili DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut menunaikan solat Jumaat bersama hampir 1,000 jemaah.

Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Hj Azmi bin Hj Rohani dan Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli.

Masjid Bandar Seri Alam yang bernilai RM 7 juta yang dibangunkan di atas tanah seluas tujuh hektar ini mula dibina pada bulan September 2014 dan siap sepenuhnya pada 1 Januari 2017.

Ia mampu memuatkan sehingga 1,800 jemaah dalam satu masa dan turut berperanan sebagai pusat ibadah, pusat kegiatan komuniti sosial dan agama, pusat pendidikan serta pemangkin pembentukan masyarakat khususnya penduduk Bandar Seri Alam serta kawasan sekitar.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

masjid 1 masjid 2 masjid 3 masjid 4 masjid 5 masjid 6 masjid 7 masjid 8 masjid 9 masjid 10

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.