Ucapan Tahniah Daripada Tengku Mahkota Johor Kepada Syed Saddiq Dan Dr Maszlee Malik Diatas Perlantikan Sebagai Menteri

UCAPAN TAHNIAH KEPADA YB SYED SADDIQ DAN YB DR MASZLEE MALIK ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MENTERI KABINET MALAYSIA

Saya mengucapkan tahniah atas pelantikan YB Syed Saddiq Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Juga kepada YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang mana kedua-duanya berasal dari negeri Johor.

Ia pastinya satu lagi fenomena baharu dalam legasi kepimpinan orang muda untuk menjadi peneraju utama agenda pembangunan negara. Semoga dengan pelantikan tersebut dapat membantu sistem pentadbiran negara serta turut membawa lebih manfaat dalam pendidikan dan bidang sukan di negara ini.

Saya turut mengucapkan syabas kepada pemimpin tertinggi kerajaan kerana memilih pemimpin-pemimpin berkaliber yang mampu membawa pembaharuan dan juga pembangunan yang lebih tinggi untuk negara ini. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber JOHOR Southern Tigers

tahniah

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.