Ucapan Tahniah Kepada JDT Daripada Tuanku Sultan Johor

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan mencipta sejarah demi sejarah dan menaikkan nama negeri Johor di peringkat dunia.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada anakanda saya DYAM Tunku Mahkota Johor dan Presiden kelab JDT, YAM Tunku Tun Aminah serta para pemain dan seluruh pegawai kelab JDT yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan kelab bolasepak JDT.

Akhir sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para penyokong setia JDT yang sentiasa memberikan sokongan kepada kelab setiap tahun demi tahun. Sentiasa ingatlah bahawa bersatu demi negeri Johor dan bangsa Johor. Muafakat itu membawa berkat.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim

Sumber Royal Press Office – JOHOR Southern Tigers

jdt

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.